Dalam artikel MKG yang sebelum ini, kami telah menyatakan bahawa kemungkinan besar kamera kompak atau point-and-shoot ini akan lenyap tidak lama lagi.

“Kami menjangkakan kamera point and shoot yang berharga murah akan lenyap dari pasaran dalam beberapa tahun akan datang kerana orang ramai hanya akan menggunakan telefon pintar sahaja.” – dipetik dari 5 Kamera Popular yang Terdapat di Pasaran.

Pada 30 Oktober 2017, Nikon telah istiharkan bahawa mereka akan menutup kilang kamera di Jiangsu China.

Penutupan ini jelas Nikon adalah kerana kemerosotan pasaran kamera kompak yang disebabkan oleh peranti telefon pintar yang semakin maju teknologi kameranya.

Sumber DxOMark

Baca kenyataan rasmi Nikon.

Nikon akan terus menumpukan tenaga mereka untuk menghasilkan “high value-add products”, iaitu produk yang memberi nilai lebih tinggi kepada mereka seperti kamera DSLR dan juga mungkin kamera mirrorless.

Sumber Nikon

D pasaran sekarang, terdapat banyak juga kamera kompak “high-end” mahal kerana ciri-ciri yang lebih menarik seperti laju, kebolehan menangkap dalam keadaan gelap, video 4K dan macam-macam lagi.

Adakah anda akan lebih tertarik untuk membeli kamera kompak atau terus membeli kamera DSLR/Mirrorless?

Sumber Petapixel, Nikon, DxOMark, Nikkei Asian Review

Categories: Informasi

Komen di ruangan ini