Semalam, Sony telah memperkenalkan Sony A7R III iaitu kamera mirrorless full-frame terbaru mereka.

Antara ciri utama yang mengujakan peminat kamera Sony adalah kelajuan Shutter dan Juga kemampuan fokus auto Sony A7R III.

Kamera ini berkemampuan untuk menangkap gambar dengan kelajuan 10 bingkai sesaat. DPReview dan Jared Polin telah membuat video bagi menunjukkan kebolehan tersebut.


Video oleh: DPReview


Video oleh: Jared Polin

Video Jared Polin menunjukkan betapa lajunya shutter mekanikal Sony A7R III tersebut.

Selain dari itu, A7R III juga berkemampuan menetapkan titik fokus kepada mata subjek. Ciri ini amat menakjubkan. Lihat demo di video di bawah.

Hebat bukan!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, klik pautan terus ke laman web Sony.

Categories: Kamera

Komen di ruangan ini