Mostar, Bosnia

Baru-baru ini, saya bersama keluarga berkesempatan untuk melancong ke Turkey dan juga Bosnia.

Untuk kali ini, saya telah buat keputusan untuk membawa bersama kamera Fujifilm untuk merakam momen sepanjang perjalanan.

Peralatan yang digunakan:

  • Kamera Fujifilm XPro-2
  • Lens Fujinon XF 18 mm
  • Lens Fujinon XC 16-50 OIS II
Hagia Sophia, Istanbul

Kenapa Saya Pilih Kamera Fuji XPro-2?

Sebelum ini, saya pernah memiliki kamera Nikon D750.

Tidak dapat dinafikan, kamera ini memang bagus.

Terutama sekali dengan kebolehan fokus auto yang laju dan tepat, kemampuan menghasilkan gambar yang baik dalam keadaan gelap walaupun dengan ISO yang tinggi, dan dynamic range yang menakjubkan.

Pengguna Nikon

Tetapi masalah utama yang saya hadapi adalah saiz dan berat kamera tersebut.

Disebabkan dua faktor ini, kamera D750 telah banyak menghabiskan masa dalam kotak kering sahaja.

Secara jujur, saya berasa keberatan untuk membawa kamera ini kemana sahaja saya pergi (isteri saya sering menegur kenapa beli kamera mahal tapi tak pernah nak guna semasa melancong).

Lepas ni fikir dua tiga kali nak bawak anak jauh-jauh, hehe

Kemudian, saya terjumpa seorang fotografer dari UK, iaitu, Ian Weldon, yang menggunakan kamera Fuji XPro-2 dan lens Fujinon 18mm sahaja (kadang-kadang Fujinon 35 mm) untuk merakam gambar perkahwinan.

Melihat hasil beliau menjadikan saya kagum dan teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kamera ini.

Selain dari Ian Weldon, Nordica photography dan Yorkplace Studios juga menggunakan Fujifilm kamera dan anda boleh lihat hasil mereka di link ini.

Selepas beberapa minggu berfikir, saya pun membuat keputusan untuk menukar D750 serta lens Nikon saya kepada Fujifilm.

Saya rasa ini adalah antara keputusan terbaik saya pernah buat sejak meminati fotografi.

Fujifilm Xpro-2 adalah kamera yang seakan-akan rangefinder. Ia berbentuk kotak, ringan, dan mudah untuk di bawa kemana-mana.

Lens 18 mm pula berbentuk seperti pancake lens, juga memudahkan saya semasa perjalanan.

Walaupun kamera ini menggunakan sensor crop, tetapi hasilnya amat memuaskan. Saya boleh ambil gambar dalam situasi yang kekurangan cahaya dengan hati yang tenang.

Kalau mahukan lebih validasi, boleh rujuk kepada ambassador Fujifilm X Malaysia, En Yaman Ibrahim.

Ketika di Turkey dan Bosnia, saya banyak menggunakan lens 18 mm untuk mengambil gambar sementara lens 16-50 mm pula untuk mengambil video.

Bagi saya, apa yang penting semasa perjalanan ini adalah untuk saya meluangkan masa bersama keluarga dan merakam momen yang akan menjadi memori indah.

Bukan menghabiskan banyak masa untuk memikirkan tentang setting kamera, jadi saya telah menggunakan kelebihan Fujifilm XPro-2 yang mampu menghasilkan gambar yang mantap setelah kita menetapkan setting yang memadai.

Sebagai contoh, untuk kebanyakan masa, saya akan menggunakan mod aperture, di mana saya telah menetapkan shutter speed dan ISO dalam mod auto. Nilai ISO pula saya tetapkan minima 200 dan maksima 12400.

Sekali lagi ingin dikatakan, saya tidak risau pun kalau nilai ISO capai 12400 kerana gambar yang terhasil akan masih boleh digunakan.

Walaupun dalam keadaan tertentu saya perlu menukar beberapa setting bagi mengimbangi cahaya, tetapi untuk selebihnya saya hanya mempercayai kebolehan XPro-2 sahaja.

Bagi kebolehan video pula, kamera ini tidaklah mencapai tahap professional. Terdapat kamera lain yang lebih sesuai untuk merakam video, tetapi saya tidak mahu menghabiskan duit, jadi saya menggunakan saja fungsi video pada XPro-2 ini.

Isteri saya yang tidak tahu menggunakan kamera ini pun mampu untuk merakam video dengan baik. Fungsi fokus berterusan XPro-2 tidak lah pantas, tetapi memadai untuk sekadar merakam aktiviti seharian kami semasa melancong.

Apa yang dipelajari

Saiz dan berat kamera memainkan peranan yang penting bagi saya. Sebelum ini, saya rasa keberatan untuk membawa kamera kemana sahaja ketika melancong. Tetapi setelah membawa XPro-2, saya rajin membawa kamera keluar.

Setting kamera penting, tapi apa yang lebih penting adalah merakam momen yang tidak akan kembali. Saya lebih puas hati kalau berjaya merakam momen yang indah daripada memastikan gambar yang “betul” saja sepanjang masa.

Bak kata Casey Neistat, sekiranya kita membelai kamera terlalu banyak, kita tidak akan merealisasikan kebolehan kita dan juga kamera yang kita guna. Sepanjang perjalanan ini, saya tidak menggunakan beg khas untuk kamera. XPro-2 saya akan berada di tangan saya hampir keseluruhan perjalanan, cuma ada ketika yang saya perlu simpan, saya hanya letakkan di dalam bagpack.

Untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Bosnia, boleh baca artikel di HaveHalalWillTravel.

Categories: Koleksi MKG

Komen di ruangan ini