aperture

Sumber Gambar

Sudah banyak kali kita terbaca tentang Depth-of-Field ataupun juga dikenali sebagai DOF.

Depth-of-Field ini pula amat berkait rapat dengan istilah bokeh yang pernah kami sebut dalam artikel sebelum ini.

Dari sudut fizik, Depth-of-Field ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan:

1. Rekabentuk sebuah lens, yang merangkumi tapi tidak terhad kepada:

Jarak fokus minimum

Focal length

Aperture maksimum dan minimum

2. Saiz sensor kamera. Secara amnya, lebih besar saiz sensor, lebih ketara kesan Depth-of-Field.

3. Jarak kamera daripada subjek dan latar belakang.

Pening kalau nak difikirkan dengan mendalam.

Jadi, perkara yang saya lakukan adalah bereksperimen dengan pelbagai faktor-faktor Depth-of-Field seperti yang tertulis di atas.

Kalau anda seorang yang minat fizik, boleh terus perhatikan gambar di bawah sambil mengunyah biskut raya.

dof-depth-of-field.jpg

Sumber gambar

Harap tak tersedak biskut raya tu, hehehe.

Ok kami tak nak bercakap panjang pun pasal gambar rajah di atas.

Tujuan artikel ini adalah untuk anda explore setiap elemen yang mempengaruhi Depth-of-Field.

Dengan latihan praktikal sahaja anda boleh memahami konsep ini dengan jelas.

Untuk bahagian ini, anda memerlukan sebuah kamera yang boleh dikawal aperture dan sebaiknya yang boleh digunakan dengan lens berbeza.

Latihan 1

Objektif: Memahami jenis lens yang anda gunakan.

canon-eos-760d-body-only-with-18-55mm-f3-r2qj5l-9.jpg

sumber gambar

Berdasarkan gambar rajah di atas, 18-55mm ialah focal length, ataupun jarak titik fokus yang terhasil dari sensor kamera.

Focal length memberitahu kita sudut pandangan lens iaitu berapa luas sesebuah scene akan ditangkap dan magnifikasi iaitu kebesaran elemen-elemen individu. (Sumber: Nikon USA)

1:3.5-5.6 ialah nilai aperture maksima (f/3.5 pada 18mm, f/5.6 pada 55mm)

IS dan STM merupakan singkatan teknologi lens tersebut (dalam kes ini, Image Stabilizer dan Stepper Motor).

Tanda diameter (⌀) pula menandakan saiz filter yang perlu anda gunakan sekiranya anda ingin menggunakan filter.

Jadi, apakah yang tertera di kamera anda? Berapakah focal length, aperture, dan juga diameter filter?

Latihan 2

 

how-aperture-affects-depth-of-field

Sumber gambar

Objektif: Memerhatikan kesan aperture berbeza terhadap imej.

a. Set kamera anda pada mode Aperture Priority. (Sila rujuk manual model kamera anda)

b. Pastikan jarak anda dengan subjek adalah tetap (untuk latihan ini, cuba 30cm).

c. Tetapkan aperture kepada f/3.5, dan focal length kepada 18mm.

d. Titik fokus di tengah hendaklah berada tepat di tengah-tengah subjek.

e. Tekan klik!

f. Ulang semua langkah di atas, tetapi ubah nilai aperture kepada f/8.

Setelah dua imej dihasilkan, cuba bandingkan kedua-dua gambar tersebut.

Apakah yang berbeza? Adakah kesan bokeh (kabur latar belakang) lebih kuat bagi f/3.5 atau f/8?

Latihan 3:

Objektif: Memerhatikan kesan jarak kamera daripada subjek ke atas imej.

(TIPS! Latihan ini boleh dipraktikkan dengan semua jenis kamera kerana tidak memerlukan perubahan setting aperture. Jika anda menggunakan kamera yang tidak boleh diubah nilai aperture, sila terus ke langkah ‘c’ di bawah)

a. Set kamera anda pada Aperture priority. (Sila rujuk manual model kamera anda)

b. Pastikan nilai aperture adalah tetap (tetapkan f/3.5 untuk latihan ini).

c. Berdiri 30cm dari subjek

d. Titik fokus di tengah hendaklah berada tepat di tengah-tengah subjek.

e. Tekan klik!

f. Ulang semua langkah di atas dan tetapkan jarak anda 60cm pula dari subjek.

Sekarang cuba bandingkan kedua-dua gambar.

Apakah perbezaannya? Adakah kesan bokeh (kabur latar belakang) lebih kuat bagi pada 30cm berbanding 60cm atau sebaliknya?

Gambar di bawah diambil dengan jarak kamera lebih kurang 10 cm daripada subjek (kerang putih tengah-tengah gambar)

15376488489_a742cb235c_k.jpg

Gambar di bawah pula diambil sejauh 1 meter dari subjek (‘pulau’ kecil di tengah-tengah gambar)

15539390386_74e2383593_k.jpg

Bagaimana? Adakah anda dapat hasil yang sama?

*Nota lokasi gambar: Pantai Remis, Jeram, Selangor

Latihan 4: 

Ulang semula latihan 2 dan 3!

Haha, ini kerana untuk menjadi mahir, kita memang perlu eksperimen berulang kali.

Baru lah meresap masuk ke dalam hati sanubari ilmu itu.

Ingat, fotografi ini penuh dengan eksperimen.

Terapkan mentaliti beginner supaya sentiasa ada perasaan terbuka untuk mempelajari benda baru.

Semoga bermanfaat dan selamat belajar.

Maaf zahir dan batin!

 

 

Categories: Teknikal

One comment

Kenali apa itu Depth of Field

Komen di ruangan ini