Assalamualaikum dan apa khabar para pembaca sekalian.

Baiklah, dalam artikel yang terdahulu, kami telah bincangkan manipulasi aperture, jarak subjek, dan Depth of Field (DOF) dalam penghasilan gambar.

Kali ini, kami akan menambah dua lagi elemen yang telah kami sebut sebelum ini – shutter speed dan juga ISO.

Ramai penggemar potret lebih berminat menggunakan aperture yang besar (f/2.8, f/1.4…) bagi menghasilkan gambar-gambar seperti di bawah:

24469434242_7e289981cf_k.jpg
50mm f/1.4 , 1/2000, ISO 100
35760046652_80627dea9e_k.jpg
50mm f/1.4, 1/8000, ISO 200

Namun, walaupun aperture yang kecil (f/8, f/11…) tidak membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera, aperture yang kecil juga penting dalam menghasilkan imej dalam keadaan kurang cahaya atau waktu malam.

Ayuh kita lihat contoh gambar di bawah:

16686604730_d0cd0aa74d_k.jpg
10mm f/8, 30 saat, ISO 800

Jika kita perhatikan gambar di atas dengan teliti, terdapat ‘light trail‘ atau cahaya putih melintang di atas jalan yang terhasil daripada sebuah kenderaan yang melintas dalam tempoh 30 saat gambar diambil.

Awan di langit juga kelihatan kabur kerana telahpun bergerak dalam tempoh tersebut.

Untuk menghasilkan gambar ini, terdapat beberapa perkara yang telah saya lakukan.

Pertama, saya harus periksa lokasi tersebut. Antara kriteria lokasi yang saya perhatikan ialah:

Cuaca

Hujan ataupun tidak. Ini dapat mempengaruhi background awan yang akan kita lihat.

Ini juga penting agar kamera anda tidak rosak kerana angin kuat yang boleh membuatkan tripod anda jatuh sekiranya ia tidak cukup stabil.

Pencahayaan

Saya perhatikan arah dan kekuatan cahaya yang sudah ada di lokasi.

Ini bagi meminimakan penggunaan cahaya bantuan (flash atau strobe light).

Keselamatan

Ya, sentiasa pastikan keadaan selamat pada waktu malam dan anda tidak terpijak lubang ataupun sebarang haiwan berbisa yang mungkin muncul pada waktu malam.

Ini adalah gambar lokasi tersebut:

16254036013_26364e9f63_k.jpg
10mm f/8, 30 saat, ISO 800

Kemudian, saya befikir bagaimana mahu mendapatkan gambar yang saya inginkan.

Antara perkara yang saya fikirkan:

Pertama, kereta saya berada pada bahagian paling kiri gambar, di bawah pokok kelapa.

Kedua, jika kita lihat, sumber cahaya hanyalah dari bahagian kiri.

Ketiga, tiada sumber cahaya yang berada di bahagian kanan gambar yang cukup kuat untuk menerangkan sisi kanan kereta.

Ini akan menyebabkan pencahayaan pada bahagian hadapan kenderaan yang tidak sekata (bahagian hadapan kiri kereta lebih cerah berbanding bahagian hadapan kanan).

Seterusnya, saya fikirkan penyelesaian kepada masalah saya, iaitu cahaya hadapan yang tidak sekata.

Saya lakarkan peta pencahayaan lokasi seperti di bawah:

car.jpg

Tetapi, jika kita lihat sekali lagi dalam gambar di bawah cahaya yang menyinari bahagian hadapan kenderaan kelihatan sekata dari kiri ke kanan.

(Ini adalah kerana saya mahukan cahaya yang sekata. Jika anda memang inginkan cahaya yang lebih cerah di bahagian kiri, tidak mengapa).

Gambar di bawah menunjukkan bahagian yang tidak mendapat pencahayaan sekata pada awalnya.

16686604730_d0cd0aa74d_k.jpg

Teknik yang saya gunakan

Gunakan flash dari smartphone untuk ‘mengecat’ permukaan hadapan kenderaan dengan cahaya yang secukupnya sepanjang tempoh 30 saat itu.

Cuma pastikan cahaya smartphone anda menerangi permukaan yang gelap.

Jadi sebagai rumusan, langkah-langkah yang telah saya ambil:

1. Periksa lokasi.

2. Letakkan tripod dan kamera pada lokasi yang sesuai setelah selesai mengkompos gambar (untuk gambar ini, badan dan lens kamera berada pada paras pinggang saya dan sedikit dihalakan ke atas.

Ini adalah untuk memberi lebih ruang kepada langit sebagai background dalam gambar ini).

3. Letakkan setting pada nilai yang sepatutnya (aperture, shutter speed, ISO). Aperture f/8 dipilih kerana ia membenarkan pengunaan shutter speed yang lama (30 saat).

Dengan setting ini, ia memberi lebih peluang untuk saya mendapatkan imej ‘light trail‘ dan pergerakan awan di background.

ISO 800 pula dipilih setelah saya bereksperimen dengan ISO 200 dan 400 supaya gambar tidak terlalu gelap. Ingat, semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor kamera anda terhadap cahaya.

4. Gunakan self timer 2 saat. Ini adalah penting kerana sewaktu tangan kita menekan punat shutter, gegaran daripada pergerakan itu akan memberi kesan kepada ketajaman gambar.

Sebarang gegaran boleh menyebabkan gambar kurang sharp. Jika anda mempunyai shutter release cable, itu pun ok!

Nota penting, sekiranya lens anda terdapat fungsi penstabilan imej atau dikenali sebagai Image Stabilisation (IS), pastikan anda tutup fungsi ini supaya gambar anda tidak menjadi kabur.

Fungsi penstabilan imej ini hanya baik digunakan sekiranya anda tidak menggunakan tripod.

5. Setelah punat shutter ditekan, saya menghidupkan lampu smartphone saya dan mula menerangkan bahagian hadapan kenderaan.

Gambar siap!

Bagaimana pula anda akan bereksperimen dengan shutter speed?

Selamat mencuba!

Categories: Teknikal

Komen di ruangan ini