Akhir tahun semakin hampir dan sudah pasti ramai yang sedang (ataupun sudah) merancang percutian.

Melancong ini penting kerana ia membolehkan kita menikmati suasana yang berbeza, mempelajari benda baru, mengenali orang, dan juga dapat menenangkan fikiran.

Selain dari tu, kita boleh ambil peluang ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Kadang kala pada masa inilah kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam kerana kita meluangkan kebanyakan masa bersamanya semasa bercuti.

Bagi saya, lebih baik kita gunakan wang lebih untuk melancong supaya dapat mencipta pengalaman dan memori yang berharga bersama keluarga daripada membeli benda-benda yang tidak memberi makna.

Semasa melancong, jangan pula lupa bawa kamera bagi merakam kenangan baik yang manis mahupun yang pahit.

Jom baca tip-tip untuk merakam kenangan ketika melancong!

Tips

Bawa kamera dan lens yang memadai

Semasa bercuti, kebiasaannya kita akan cuba untuk membawa barang seminima mungkin bagi mengurangkan berat dan juga tidak melecehkan.

Nampak sangat cubaan gagal, hehehe

Konsep ini juga boleh diaplikasikan kepada peralatan kamera. Sekiranya anda hanya ingin merakam momen semasa bercuti dan bukan untuk tugasan, tidak perlulah bawa pelbagai lens dan kamera.

  • Kamera Fujifilm XPro-2
  • Lens Fujinon XF 18 mm F2
  • Lens Fujinon XC 16-50 OIS

Lebih penting sekiranya anda mampu merakam beberapa momen yang menceritakan percutian anda daripada mengambil beribu gambar hanya untuk menunjukkan di mana anda bercuti.

Bawa universal travel adapter

Bawa penyesuai kuasa sekiranya anda melancong ke luar negara. Ini penting kerana tanpa penyesuai kuasa, anda tidak dapat mengecas bateri.

Bawa bateri lebih

Sekiranya anda rancang untuk berjalan sepanjang hari ketika melancong bagi menggunakan masa sepenuhnya, anda perlukan bateri tambahan.

Ini kerana anda tidak akan sempat untuk mengecas bateri semasa dalam perjalanan.

Semasa di Turkey dan Bosnia, saya telah membawa 5 biji bateri.

5 bijik! (Satu lagi dalam kamera la)

Kenapa saya bawa sampai 5 biji?

Sebab saya tahu kamera Fujifilm XPro-2 cepat habiskan bateri terutama sekali kalau buat video. Persediaan ini penting supaya anda boleh terus merakam momen.

Sekiranya tiada bateri, tinggal kenangan je lah momen itu.

Tahukah anda, melancong dengan budak-budak kecil is “no joke”! Hahaha!

Bawa kad memori yang cukup

Saya membawa 4 keping kad memori kerana takut tidak mencukupi sekiranya saya mengambil video yang banyak.

4 keping kad memori mungkin sedikit “overkill” tapi tidak salah untuk ambil langkah berjaga-jaga, haha.

Video kompilasi gambar burung semasa di Istanbul

Selain dari itu, saya juga menggunakan format JPEG bagi menjimatkan lagi ruang storan “external hard disk”. Saya dapati kalau menggunakan format RAW, fail imej tersangat besar.

Dengan jumlah gambar yang akan ditangkap semasa percutian ini sudah pasti akan menyebabkan proses memilih dan edit lambat serta melecehkan.

Bawa “external hard disk”

Semasa bercuti, saya tidak suka membawa laptop kerana ini akan memberatkan beg.

Ia agak melecehkan saya untuk ambil langkah berjaga-jaga supaya laptop tidak dicuri.

Jadi saya menggunakan hard disk Western Digital (model WD 2TB Passport Wireless USB3.0).

External hard disk ini mempunyai slot untuk kad memori. Setiap hari selepas pulang ke hotel, saya akan muat naik fail foto dan video ke dalam external hard disk ini.

Apa yang bagusnya, fail foto dan video saya akan di susun secara teratur bagi memudahkan pencarian imej di rumah nanti.

Bawa tablet atau iPad.

Saya menggunakan iPad Mini 4 bersama dongle kad memori.

Penggunaan iPad ini membolehkan saya edit gambar yang terpilih sahaja untuk dimuat naik ke laman social semasa percutian.

Isteri saya suka ejek saya sebab dia kata saya OCD guna label lah ziplock la. LOL

Saya menggunakan applikasi VSCOCAM. Satu tip, kalau guna filter apa-apa sekali pun kurangkan nilai filter tersebut supaya gambar tidak kelihatan seperti terlalu di-edit.

Jadi lebih strategik dalam pengambilan gambar

Kita mungkin akan rasa begitu seronok semasa bercuti dan ingin ambil gambar setiap perkara yang kita lalui.

Tetapi ini akan membuatkan anda mempunyai terlalu banyak imej untuk diproses setelah pulang nanti.

Untuk mengurangkan jumlah gambar, tumpukan kepada beberapa perkara penting saja supaya anda boleh buat jalan cerita daripada imej-imej tersebut.

Ambil gambar butiran yang menceritakan perjalanan anda seperti semasa di lapangan terbang, di hotel, atau pun di restoran. Yang paling utama, foto yang dihasilkan boleh diguna untuk bercerita.

Kemudian, ambil butiran yang lebih terperinci lagi. Contohnya seperti mata wang (kalau melancong ke luar negara), makanan lokal, atau pun bangunan-bangunan penting dan bersejarah.

Gunakan teknik fotografi yang menarik

Gunakan teknik komposisi seperti teknik “rule-of-thirds” dengan meletakkan subjek ke kiri ataupun pun ke kanan sedikit dalam imej.

Sekiranya mengambil gambar landskap, tentukan mana yang lebih penting iaitu samada tanah, air, atau langit.

Sekiranya tanah dan air, letakkan kaki langit (horizon) berhampiran atas 1/3 imej. Sekiranya langit penting, letakkan kaki langit di bawah 1/3 imej.

Kalau boleh, cuba elak daripada meletakkan kaki langit di tengah-tengah imej.

Konklusi

Dengan mengunakan tip-tip ini, ia akan bantu mewarna dan mempelbagaikan imej percutian anda sehingga anda dapat menghasilkan jalan cerita yang menarik.

Anda juga akan dapat mengurangkan jumlah gambar yang di ambil kerana telah menjadi lebih strategik.

Gambar anda juga akan kelihatan lebih cantik dan mempunyai nilai estetika kerana telah menggunakan teknik fotografi seperti “rule-of-thirds”.

*Gambar dalam post ini di ambil ketika saya melancong di Turkey dan Bosnia.*

Sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih lanjut tentang Bosnia, boleh baca artikel di laman HaveHalalWillTravel.

Categories: Tip

Komen di ruangan ini