Bulan Ogos yang lalu, saya berpeluang untuk ke Amerika Syarikat bagi menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh MaGIC Cyberjaya.

Untuk lawatan ke AS ini, saya telah membawa Moment lens dan Moment case generasi pertama keluaran syarikat Moment Inc. bagi merakamkan sedikit pengalaman di Silicon Valley dan California.

Sebenarnya saya sudah lama berminat untuk membeli Moment lens, tapi dengan harga $99, ternyata agak mahal, huhuhu.

Gambar oleh Ahmad Aiman Asraf

Akhirnya tahun ini Moment Inc. telah mengeluarkan generasi lens baru dan mereka telah meletakkan harga diskaun buat lens generasi pertama mereka.

Jadi saya pun ambillah peluang untuk mencuba lens kamera telefon pintar yang dikatakan premium ini.

Peralatan yang digunakan

  • iPhone 6s
  • Moment Lens (18 mm)
  • Moment Case

Perkara Menarik tentang Moment Wide 18 mm

1. Kualiti Imej

Pertama sekali, kualiti image yang terhasil. Sebelum Moment lens berada di pasaran, telah terdapat begitu banyak sekali lens untuk kamera pintar di pasaran.

Tetapi perkara utama yang menghampakan adalah kualiti imej yang dihasilkan.

Secara jujur, hampir kesemua jenis lens ini tidak mencapai tahap. Masalah utama sekali lens-lens ini akan menghasilkan efek distortion dan juga vignetting yang teruk.

Menyedari masalah ini, syarikat Moment Inc. telah merekabentuk lens kamera pintar yang berkualiti dan menjanjikan hasil yang mantap.

2. Kualiti kaca

Kaca yang digunakan bagi menghasilkan Moment lens adalah kaca yang berkualiti. Rekaan yang canggih, bukan seperti lens kamera pintar yang lain.

Sekiranya ada dalam tangan, boleh dirasai kualiti rekaan lens ini.

Syarikat Moment sememangnya telah mensasarkan produk ini bagi mereka yang begitu meminati fotografi dan mereka yang sanggup untuk membelanjakan duit bagi mendapatkan sesuatu yang berkualiti.

Sebab itulah harga pun secocok dengan kualiti lens.

3. Sudut pandangan yang unik

Dengan Moment lens ini, saya dapat menghasilkan sudut pandangan yang berbeza kerana gambar lens ini menjadikan sudut pandangan kamera iPhone 6s lebih luas.

Sekiranya melayari IG, gambar saya akan tanpak berlainan daripada kebanyak gambar yang di muat naik kerana kebanyakan orang hanya menggunakan lens asal peranti mereka.

4. Senang untuk di bawa ke mana-mana

Moment lens ini adalah kecil dan ringan.

Sangat mudah untuk dibawa kemana-mana terutamanya ketika melancong.

Mengikut pengalaman baru-baru ini di USA, saya berasa bebas dan tidak perlu risau untuk membawa beg besar.

Di sebabkan ciri ini juga, saya rasa ia amat sesuai diguna pakai untuk fotografi jalanan juga.

5. Pemasangan lens yang tepat

Berbanding dengan lens kamera pintar yang lain, Moment lens ini memastikan anda akan sentiasa kunci lens kepada kamera telefon pintar dengan tepat.

Ini adalah penting supaya anda menggunakan lens kamera pintar dengan sepenuhnya.

Teknik clip lens yang terdapat dari jenama lain tidak menjaminkan pemasangan yang tepat secara terus mengurangkan kualiti imej yang akan dihasilkan.

3 Masalah Utama

1. Bateri Peranti Cepat Mati bila digabungkan dengan Moment Case

Pada permulaannya, saya menggunakan fungsi shutter Moment case bersama lens.

Moment case ini mampu berfungsi sebagai punat shutter seakan-akan DSLR di mana ia akan memfokus apabila kita separa menekan punat dan akan mengambil gambar setelah menekan punat sepenuhnya.

Malang sekali, disebabkan sambungannya memerlukan fungsi bluetooth, bateri iPhone 6S saya begitu cepat sekali mati sehingga saya terpaksa mengeluarkan powerbank untuk mengecas.

Ini telah menjadikan pengalaman mengambil gambar kurang menyeronokan.

Jadi saya mengeluarkan bateri dari Moment case tersebut dan hanya menggunakan Moment case sebagai sambungan Moment lens kepada iPhone 6s.

2. Leceh untuk sentiasa pasang dan buka lens

Saiz Moment lens ini menjadikan ia sukar untuk dimasukkan ke dalam saku seluar setelah mengambil gambar.

Ini secara tidak langsung memaksa saya untuk sentiasa pasang dan kemudian buka semula Moment lens ini.

Untuk mereka yang penyabar tak apalah, tapi kalau yang kurang penyabar tu mungkin akan rasa menyampah untuk menggunakan Moment lens ini.

Bagi saya, saya boleh lagi tahan sabar cuma ia agak melecehkan.

Salah satu cara untuk atasi adalah dengan meletakkan peranti ke dalam bag. Cara ini paling sesuai untuk wanita kerana selalu bawa tas tangan.

3. Tidak begitu mudah untuk memasang lens

Walaupun Moment lens dan Moment case ini dibina dengan rekabentuk yang tepat dan rapi, saya dapati agak sukar untuk memasang lens ketika sedang berjalan-jalan.

Ini kerana saiznya yang kecil menyebabkan saya terpaksa berhenti berjalan dan meneliti sambungan lens kepada case.

Mungkin saya perlukan lebih latihan, tapi ini sememangnya mengganggu semasa berjalan-jalan di bandar California.

Konklusi

Secara keseluruhan, saya amat suka menggunakan Moment lens ini walaupun terdapat beberapa isu yang kurang menyenangkan.

Kualiti imej dan juga sudut pandangan yang unik cukup untuk membuatkan saya untuk terus menggunakan Moment lens ini dan saya menyokong sekiranya anda ingin membeli.

Jadi apakah pandangan anda tentang Moment lens ini?

LIKE dan SHARE sekiranya anda rasa artikel ini menarik dan membantu. 🙂

***Penafian: Artikel ini bukan artikel yang berbayar. Saya membeli sendiri lens dan case dari Moment Inc. dan menulis artikel ini berdasarkan pengalaman menggunakan peralatan-peralatan ini.

Categories: Ulasan

Komen di ruangan ini